"Versi translasi ke bahasa Melayu:
Boleh dikatakan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-49 adalah yang paling membosankan pernah berlaku. Mari meneliti punca penyebab mengapa ini berlaku. (psst: Ini adalah pendapat saya sepenuhnya)
{1} Perkahwinan terhebat tahun ini - Perkahwinan dalam taman antara Datin Siti Nurhaliza dan Datuk K pada 28 August 2006 lalu.
{1} Perkahwinan terhebat tahun ini - Perkahwinan dalam taman antara Datin Siti Nurhaliza dan Datuk K pada 28 August 2006 lalu.
{2} Kebanyakan media bercerita tentang perkara {1}.
{3} Kekurangan program-program bertemakan kemerdekaan seperti yang telah dilaksanakan pada tahun-thun sebelumnya. Hanya pada hari ini, kesemua saluran radio mengatakan mengenai Kemerdekaan Malaysia. Pada tahun-tahun sebelumnya, keseluruhan bulan Ogos diisi oleh pengisian Merdeka.
{4} Datin Siti Nurhaliza tidak lagi menyanyikan lagu ari Allahyarham Sudirman "tanggal 31, Bulan 8, 57 ...." . [Merinduinya:(]
{5} Kurangnya warga Malaysia memasang bendera pada kereta seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun, pada tahun sebelumnya, bendera kecil ini di taja. :p
{6} Memasang bendera Malaysia di rumah hanya berlaku pada saat-saat akhir kemerdekaan. [Pada tahun-tahun sebelumnya: Ia berlaku pada awal bulan Ogos dan ada warga Malaysia yan memasang seawal bulan Julai].
{7} Pada malam kemerdekaan, selalunya diadakan konsert untuk warga Malaysia berkumpul di suatu tempat bagi memerhatikan persembahan bunga api yang menyayat hati sebagai tanda setahun lagi bumi Malaysia merdeka. Adakah orang muda ambil tahu? Saya sendiri memikirkan, pada masa inilah masa paling sesuai untuk mengucapkan "Saya Cinta Kamu" pada orang yang tersayang :p
{8} Perarakan selalunya diadakan pada 31 Ogos setiap tahun. Walaubagaimanapun, saya tidak berkemahuan untuk pergi melihat kerana aktiviti tersebut telah ditayangkan di televisyen. (Tetapi jika tonton pada hari yang panas terik, dapat memperlihatkan kecintaan kita kepada negara)
{9} Apakah maksud kemerdekaan pada generasi muda? Saya pun tidak mengetahuinya. Tetapi, jangan tak percaya, ada diantara mereka akan menjawab "Merdeka bermaksud mendapat kelulusan untuk perkahwinan homoksek di Malaysia"...... Percaya atau tidak? Pengertian kemerdekaan bagi generasi muda: Generasi muda akan mempunyai kuasa untuk bersuara tanpa disekat oleh sesiapa sahaja. (Tetapi berlandaskan undang-undang)
Tercatit adalah punca-punca kenapa Merdeka tahun ini terlalu membosankan. Walaubagaimanapun, inilah masa untuk melaungkan "AKU CINTA MALAYSIA" dan bukannya "AKU CINTA ANDA" sewaktu pertunjukan bunga api berlangsung.k. MERDEKA, MERDEKA,MERDEKA....<-takut tak boleh buat blog pada malam kemerdekaan{alasan ke-10}.
Sila beri perhatian: Semua tulisan yang di"BOLD"kan adalah maksud yang ingin disampaikan oleh penulis.
[Thanks to my side-kick [IRUL] to rewritten my article in Malay. Arigato gozaimas]